Ahad, September 19, 2010

Apa Itu PTC?

Paid To Clicks ( PTC)
PTC ialah singkatan bagi Paid To Click atau dibayar dengan klik. PTC juga adalah satu program percuma dan tidak memerlukan modal untuk sertainya. Apa yang perlu anda buat adalah klik dan lihat iklan yang diberi oleh syarikat PTC itu sendiri. Dengan hanya melakukan kerja mudah itu anda akan dibayar.

Mungkin ada yang tidak faham dan ragu-ragu tentang program ini. Untuk pengetahuan anda, disamping kita melakukan klik dan lihat iklan yang diberi itu, kita juga telah meningkatkan trafik atau pelawat bagi sesebuah laman web atau blog. Dengan erti kata lain, kita adalah pekerja trafik bagi sesebuah syarikat PTC itu.

Jumlah bayaran yang kita terima adalah bergantung kepada syarikat PTC itu sendiri. Syarikat PTC juga menetapkan jumlah minima untuk setiap pengeluaran / cashout yang kita kehendaki. 

PTC juga adalah bukan program yang berasaskan money game, skim cepat kaya, MLM, pelaburan, saham dan sebagainya. Malahan tiada kerugian sesen pun dari wang anda jika anda menyertainya. Tetapi risiko scam atau penipuan adalah amat tinggi di dalam dunia PTC ini, jadi anda disarankan berhati-hati memilih syarikat PTC. Anda direkemenkan sertai PTC yang saya sediakan didalam blog ini bagi mengelakkan anda ditipu.

Untuk memudahkan anda memahami tentang PTC ini, saya mewajibkan anda memahami istilah-istilah yang terdapat dalam sesebuah syarikat PTC dahulu. Ini amat penting bagi mengelakkan anda tidak faham dan kurang keyakinan dalam menjalankan program PTC ini. Sila fahami istilah-istilah yang diberikan dibawah ini.


Istilah-Istilah Dalam PTC

PTC
Nama singkatan / short name bagi Paid To Clicks atau Dibayar Dengan Klik.

Ads
Ads pula adalah nama singkatan bagi Advertisment ataupun dalan bahasa Melayu bererti iklan.

Alert Pay / Pay Pal 
Adalah Online Processor atau  yang digunakan bagi memindahkan wang yang anda terima dari akaun PTC ke akaun bank / kad kredit anda. Boleh dikatakan bank perantara antara anda, syarikat PTC dan bank/kad kredit anda. 

Referral
Adalah sesiapa yang yang mendaftar dengan orang lain. Erti kata lain, orang yang diajak oleh seseorang untuk menyertai sesebuah PTC. Contohnya. Saya mengajak anda mendaftar bersama saya dengan sebuah syarikat PTC, dan anda menyertainya melalui link yang saya beri. Jadi, anda dikira referral saya.

Referrer
Orang yang memperkenalkan sesbuah PTC kepada orang lain.

Ok. Inilah istilah-istilah yang memang terdapat dalam sesbuah syarikat PTC. Diharap anda dapat memahaminya, :) Jika anda sudah faham, mari lihat coretan saya seterusnya.

Apa yang perlu anda lakukan setelah mendaftar dengan syarikat PTC?
Anda hanya perlu klik dan lihat iklan yang diberikan sahaja. Jumlah iklan bergantung kepada syarikat PTC itu sendiri dan selalunya anda diberi 4 iklan hingga 9 iklan sehari. Dan ada juga syarikat PTC yang memberikan jumlah iklan lebih dari 30 iklan sehari.

Boleh untung banyak ke  boleh kaya ke?
Mungkin ramai yang berfikiran begini kan. Terus terang saya katakan, memang tidak boleh kaya kalau tiada usaha. Contohnya begini, anda sertai bisnes internet yang beratus-ratus ringgit modalnya, kalau anda duduk diam, dapat ke duit dan boleh kaya ke? :) Pada pendapat saya, PTC ini adalah lebih bagus kerana ianya percuma dan tiada modal dikenakan, daripada rugi ribuan ringgit sertai macam-macam bisnes tetapi tidak untung sesen pun, lebih baik sertai PTC kan :). 

Tiru macam saya. Nak tak :) ?
Ini adalah cadangan dan pengamatan diri saya sendiri dalam dunia PTC ini. Secara jujurnya, saya menganggap PTC ini adalah tabung. Ya. Tempat simpan duit. :) Kiranya dengan setiap cashout ataupun penerimaan pembayaran yang saya terima, saya akan simpan untuk masa hadapan. Berbaloi juga kan :)

Ok. setakat ini sahaja coretan saya bagi anda lebih mengenali PTC, diharap membantu serba sedikit anda faham mengenai PTC ini. Peluang yang ada jangan lah ditolak. Kaya bukanlah impian setiap orang tetapi keperluan adalah segalanya. :) Sebarang komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan.

Salam hormat daripada saya. :)

Jumaat, September 17, 2010

1st Cashout From Onbux

Pembayaran Pertama Daripada Onbux

PTC ini adalah salah satu PTC yang saya minati kerana konsepnya lebih kurang dengan PTC Neobux. PTC ini masih lagi baru dan anda boleh mencubanya kerana potensi di dalam Onbux adalah tinggi. Lihat bukti pembayaran daripada Onbux.



3rd Cashout From Neobux

Pembayaran Ketiga Daripada Neobux

Syukur. Neobux membayar kepada saya lagi. Mari lihat buktinya.



1st Cashout From Neobux

Pembayaran Pertama Daripada Neobux

Pembayaran pertama yang saya telah terima ialah daripada PTC Neobux. Ini membuktikan bahawa PTC ini membayar kepada saya dan ahli-ahli lain. Ini dia buktinya yang saya terima di dalam akaun Alert Pay saya. :)


Pembayaran / Cashout yang saya terima akan saya update dari masa ke semasa. 

Rabu, September 15, 2010

Kenali PTC





PTC adalah singkatan bagi Pay To Click. Secara amnya anda dibayar hanya dengan klik pada iklan yang diberi. Terdapat beribu-ribu syarikat PTC yang ada di dalam medium internet zaman ini. Seharusnya anda tidak melepaskan peluang ini. Berikut adalah penjelasan serba sedikit tentang PTC ini.




Siapa Yang Boleh Sertai PTC ini?
Semestinya PTC untuk anda kerana tanpa modal pun anda mampu menghasilkan duit darinya. Mungkin anda akan rugi jika anda seorang yang aktif online kerana sambil anda online anda mampu buat duit tanpa perlu mengeluarkan modal. Saya memberi jaminan 100% yang anda mampu buat duit dengan PTC ini. Kepada mereka yang sudah ada bisnes sendiri di internet pula, mungkin ada yang telah rasa keuntungannya malahan ada juga 'habuk pun takde' :) . Daripada menghabiskan wang sertai pelbagai bisnes top, tetapi untung pun tiada. Berbaloi ke? Oleh itu, dengan menyertai PTC ini, risiko kerugian wang anda 0%. Percuma seumur hidup. Insyaallah anda mampu lakukannya seperti saya.

Dari Mana Syarikat PTC Membayar Kita?
Di dalam syarikat PTC itu sendiri mempunyai pengiklan yang membayar kepada syarikat PTC itu bagi mempromosikan bisnes/websites mereka. Dengan wang itulah syarikat PTC ini membayar kepada kita. Selain itu juga, syarikat PTC ini memperoleh wang dengan sumber lain seperti sewa/beli referral, mengadakan contest dan banyak lagi.

Berapa Kita Di Bayar?
Ianya bergantung kepada syarikat PTC itu sendiri. Selalunya dalam sehari kitadiberi 4-12 iklan untuk di klik sehari. Kebanyakan syarikat PTC membayar kita lebih kurang $0.01-$0.02 untuk satu iklan. Ada juga syarikat PTC  yang menyediakan sejumlah iklan yang bayak (aurora). Tetapi perlu diingatkan disini juga, anda diminta menjauhkan diri dengan syarikat PTC yang memberikan sejumlah wang yang besar dengan setiap klik. Ini kerana syarikat PTC itu sememangnya scam. Berhati-hati ketika memilih program PTC ini bagi mengelakkan anda membazir masa anda dengan PTC yang SCAM ataupun PENIPU.

Melalui Apa Syarikat PTC Membayar Kita?
Kebanyakan PTC ini membayar kita melalui Alert Pay dan Paypal. Di dalam blog ini saya sediakan panduan mendaftar dengan Alert Pay kerana jika anda tidak mempunyai kredit kad pun boleh mendaftar dan verified sebagai ahli. Saya syorkan anda daftar Alert Pay sebagai akaun untuk anda terima pembayarandaripada syarikat PTC ini.

Masih Tidak Faham Tentang PTC?
Semestinya anda tidak faham jika hanya tahu teorinya bukan :). Saya pun dulu macam anda juga. Satu benda pun tak faham. Apa kata anda pratikkan bagi anda mengetahui selok belok tentang PTC ini. Saya syorkan anda daftar bersama Neobux kerana saya ada menyediakan panduan pendaftaran dan cara untuk klik/earning money dari PTC ini.

Jika anda ada masalah bolehlah tinggalkan komen dan cadangan di halaman ini. Insyaallah saya akan membantu. Saya juga baru sahaja di dalam PTC ini (newbie). Saya harap dapat berkongsi dan belajar lagi mendalam tentang program PTC ini.




Baca Info Terkini Disini


Selamat Mencuba :)