Rabu, September 15, 2010

Kenali PTC





PTC adalah singkatan bagi Pay To Click. Secara amnya anda dibayar hanya dengan klik pada iklan yang diberi. Terdapat beribu-ribu syarikat PTC yang ada di dalam medium internet zaman ini. Seharusnya anda tidak melepaskan peluang ini. Berikut adalah penjelasan serba sedikit tentang PTC ini.




Siapa Yang Boleh Sertai PTC ini?
Semestinya PTC untuk anda kerana tanpa modal pun anda mampu menghasilkan duit darinya. Mungkin anda akan rugi jika anda seorang yang aktif online kerana sambil anda online anda mampu buat duit tanpa perlu mengeluarkan modal. Saya memberi jaminan 100% yang anda mampu buat duit dengan PTC ini. Kepada mereka yang sudah ada bisnes sendiri di internet pula, mungkin ada yang telah rasa keuntungannya malahan ada juga 'habuk pun takde' :) . Daripada menghabiskan wang sertai pelbagai bisnes top, tetapi untung pun tiada. Berbaloi ke? Oleh itu, dengan menyertai PTC ini, risiko kerugian wang anda 0%. Percuma seumur hidup. Insyaallah anda mampu lakukannya seperti saya.

Dari Mana Syarikat PTC Membayar Kita?
Di dalam syarikat PTC itu sendiri mempunyai pengiklan yang membayar kepada syarikat PTC itu bagi mempromosikan bisnes/websites mereka. Dengan wang itulah syarikat PTC ini membayar kepada kita. Selain itu juga, syarikat PTC ini memperoleh wang dengan sumber lain seperti sewa/beli referral, mengadakan contest dan banyak lagi.

Berapa Kita Di Bayar?
Ianya bergantung kepada syarikat PTC itu sendiri. Selalunya dalam sehari kitadiberi 4-12 iklan untuk di klik sehari. Kebanyakan syarikat PTC membayar kita lebih kurang $0.01-$0.02 untuk satu iklan. Ada juga syarikat PTC  yang menyediakan sejumlah iklan yang bayak (aurora). Tetapi perlu diingatkan disini juga, anda diminta menjauhkan diri dengan syarikat PTC yang memberikan sejumlah wang yang besar dengan setiap klik. Ini kerana syarikat PTC itu sememangnya scam. Berhati-hati ketika memilih program PTC ini bagi mengelakkan anda membazir masa anda dengan PTC yang SCAM ataupun PENIPU.

Melalui Apa Syarikat PTC Membayar Kita?
Kebanyakan PTC ini membayar kita melalui Alert Pay dan Paypal. Di dalam blog ini saya sediakan panduan mendaftar dengan Alert Pay kerana jika anda tidak mempunyai kredit kad pun boleh mendaftar dan verified sebagai ahli. Saya syorkan anda daftar Alert Pay sebagai akaun untuk anda terima pembayarandaripada syarikat PTC ini.

Masih Tidak Faham Tentang PTC?
Semestinya anda tidak faham jika hanya tahu teorinya bukan :). Saya pun dulu macam anda juga. Satu benda pun tak faham. Apa kata anda pratikkan bagi anda mengetahui selok belok tentang PTC ini. Saya syorkan anda daftar bersama Neobux kerana saya ada menyediakan panduan pendaftaran dan cara untuk klik/earning money dari PTC ini.

Jika anda ada masalah bolehlah tinggalkan komen dan cadangan di halaman ini. Insyaallah saya akan membantu. Saya juga baru sahaja di dalam PTC ini (newbie). Saya harap dapat berkongsi dan belajar lagi mendalam tentang program PTC ini.




Baca Info Terkini Disini


Selamat Mencuba :)

2 ulasan:

  1. info yang menarik bro... sesuai utk newbie mcm aku... :)

    BalasPadam
  2. tq bro thebestsites10. saya support ptc bro. :)

    BalasPadam